Sunday, February 19, 2006

Bonjorno...nothing 'Jawo' about it...


Setelah lama tak bercuti dengan keluarga,akhirnya percutian yang dinanti-nantikan menjadi realiti.Bersama keluargaku tersayang dengan aku dalam 'tour of duty' dapat diizinkan Tuhan menjejakkan kaki ke bumi 'gladiator' Rome di Italy...bukan Rompin di Johor tau(yang belum ku jejak).Percutian selama 5hari 4malam cukup bermakna buatku...bersama isteri dan anak-anak tercinta melawat tempat-tempat menarik seperti Coleseum,Trevi fountain,Spanish Step,Vatican City membuat kami serba sedikit belajar sejarah bumi 'Gladiator' di zaman kegemilangan empayar Rome dulu...best...tapi keluhan anak-anak yang bekalan lauk 'Malee' tak mencukupi, mengingatkan aku supaya akan menambah stok dipercutian yang akan datang...ciow!!

Friday, November 25, 2005

Pasangan bahagia...kalian Ilhamku!!


Sungguh terharu dapat juga menyambut ulangtahun ke-40 tahun...ya betul...40 tahun perkahwinan ayahanda dan bonda di kamar sakitku.Walaupun tak seberapa tapi penuh bermakna buatku.Tiada apa yang dapat membalas jasa-jasa kalian...semoga Allah memberi rahmatnya dan terus memberi kekuatan buat ayahanda dan bonda untuk terus membimbing kami semua...kalian Ilhamku..you were the best and still are!!

Thursday, November 24, 2005

Batu ku musnah....


Tepat jam 3:32 minit petang Khamis ini, batu yang menyengkang saluran penghantaran air kumbahan antara buah pinggang kanan dan pundi kencingku telah berjaya dimusnahkan dalam beberapa siri "letupan" dan "serangan" senjata-senjata yang digunakan oleh Doktor pakar urologi yang sememangnya 'pro' seperti yang dibuktikan dalam video itu...Alhamdullillah segalanya berjalan lancar dengan izin Allah...Amin

Wednesday, November 23, 2005

Batu ku....


Sahlah sudah.Batu ku masih di situ.Tiada pilihan kata doktor...dengan salur kencing yang membesar dan buah pinggang yang makin membengkak,batu yang menyumbat salur itu perlu dikeluarkan segera sebelum parah.Ya Allah Selamatkanlah hambamu ini.

Saturday, November 19, 2005

Rock Jiwang@Seremban Specialist Hospital


Rock..rocker..rockers..rock itu batu..batu apa? batu karang...inilah nasibku kena attack batu karang.1 biji berukuran 3mm dalam buah pinggang kiri dan yang sakit ni 6mm menyumbat saluran penghantaran dari buah pinggang kanan ke pundi kencingku..sakitnya tak terkira.Hanya 'Abah' yang dapat menceritakan atas pengalaman beliau...Ya Allah permudahkanlah usaha doktor mengubatiku ini...semoga terhapuslah dosa-dosa kecilku.Dosa-dosa besar????...Amin YaaRabal Alamin....

Thursday, November 17, 2005

Memang Tak Percaya....


Akhirnya agony menunggu result is over.My dearest son got it..5A..meneruskan kesinambungan keluarga untuk menuju anjakan paradigma ke sekolah asrama hendaknya.Tahniah anakku...abah yakin kemampuanmu...tapi masih tak percaya..Bravo..Bravo..

Sunday, October 23, 2005

Ahlan..wasahlan..


Salam buat rakan-rakan yang jauh di mata.Berhijrah ke padang pasir yang lebih 'menghijau' kerana cita-cita yang menggunung...Doaku buat kalian semoga berjaya dalam karier...gua tabik kalian semua!Buat diriku masih di sini...bak kata orang, hujan emas di negeri orang hujan batu di tempat sendiri...

Kerja Melampau


Apalah nasibku kena ground sampai senin sebab dah fly 'melampau'.Melampaui had jam 850 jam dalam 365 hari.Ade gak hikmahnya...dapatku pulang ke kampong mengantar ayahku menjalani rawatan mata.Doa buat ayah agar pulih seperti sediakala A.S.A.P......